Thursday 30 June 2011

Cuti...

Ermmm... Dh lama rasanya xmenulis kat blog ni.. Cuma buka & tengok blog sahabat dan lain2 je.. Hehe.. ^_^ Sbnrnya masa 2 busy ngan persiapan, itu ini dan xtau nak tulis ape.. 

Apo la nak jadi ngan aq ni.. apo nk jadi?? Cuti sem ari 2 sepatutnya kejap je.. Tp aq dh smbg cuti smpai skrg.. Bila la nak balik kampus ni?? Terasa rndu sangat nak balik PERAK.. Rindu nak buat semua benda yang dh lama xbuat semenjak cuti  yg pnjg ni..^_~  Rasa lama sgt cuti kali ni..Sedar xsedar dah hampir 2 bulan aq ade kat umah.. Xpernah cuti lama sangat cam ni lepas masuk kampus.. Selalu dapat cuti sekejap je.. Kadang2 tu baru je sampai umah pas tu esoknya dah kena balik kampus.. huhu.. Apa boleh buat.. Tp aq harus jalani ia juga.. 


Ermmm… Cuti yg panjang ade yg best dan ade yg bosan jg kan???  Pening jg kepala ni dibuatnya bila difikir2kan semula.. Yela, mau tak pening dibuatnya bila ade kat kampus rindu kat keluarga, tp bila dah ade kat rumah rndu kat sahabat2, kawan2, adik2 kat kampus dan ramai lagi.. huhu.. ^^,  tp manusia mmg selalu mcm ni ke ek?? Poning.. 

Kali ini cuti yg pnjg sgt memenatkan aq..  Memenatkan kerana tidak tahu nak wat pe dengan keadaan yg mengehadkan pergerakan diri ini.. Tapi aq harus redha dan selalu mengingatkan diri ini yg Allah xakan uji seseorang itu melebihi kemampuan mereka dan dalam hidup ni kita xkan dapat ape yg kita mahu.. Betul x? Tp akan dpt apa yg kita perlu utk menjadi hamba-NYA yg terbaik di dunia ini & di akhirat kelak.. 



Ya Allah, berilah hamba kekuatan dan kesabaraan untuk menjalani semua ini..  Ya Rabb, hamba redha dengan ketentuan-MU.. Hamba tidak tahu semua ini rahmat @ musibah dari-MU.. Hamba bersangka baik kepada-MU ya Allah..
========*========

Alhamdulillah, besrsyukur sangat sbb ari sabtu lepas dapat pergi ke rumah nenek/usu & m.tam.. Hari tu m.tam hidangkan buah  durian, tembikai dan macam-macam lagi.. Musim buah la katakan.. hihi.. Kemudian, m.tam buatkan pengat/bubur durian... Best sangat2!! Lazat lg !! Dah lama rasanya xmakan.. Sape yg suka mkn durian rugi sbb xdpt rasa ari 2.. Sedap tu! Terbaek wok.. hehe.. ;-D Sahabat2 yg suke mkn durian jgn jeles tau.. (Tiqa M, K. Azi, Bella dan lain2 lagi)... ;p Pas 2, kat umah nenek/usu makan pancake plak.. huhu.. Alhamdulillah, smoga mereka dimurahkan rezeki.. amin..OK la, setakat ni je coretan aq kali ini.. Nantikan coretan seterusnya... DAaaa..




 Aq tidak boleh mengalah mahupun putus asa dengan rahmat Allah.. Aq harus bangkit & kuatkan semangat semula.. Aq harus melihat dan belajar dari org2 yg kurang berkemampuan dr aq.. TODAY is the best day of my life.. Alhamdulillah!! Allahuakbar!!  Umat Islam Boleh!! Farah Boleh!!! ^_^ FIGHTING2!!

Friday 1 April 2011

Pahit manisnya ku telan jua

Bismillah...

Ampunilah dosa hambaMU yang hina ini, Ya Rabb...
Ya Allah, berilah hambamu ini kekuatan, ketabahan, kesabaran dalam menempuh hari mendatang..
Ya Rahman, semoga diri ini sentiasa merasa bersyukur padaMU.. amin...

Ya Allah, betapa banyaknya ujian dan dugaan yang harus dijalani sepanjang tahun ini..
Selain itu, banyak juga cabaran dan rintangan yang harus ditempuhi bagi meneruskan hidup di dunia yang fana ini.. Ya Allah, tahun ini memberi tamparan hidup yang sangat hebat dalam diri ini..

Ya Allah, hanya Engkau yang Maha Mengetahui betapa perit lgi pahitnya hambaMU ini menelan rasa sakitnya. semoga diri ini terus kuat untuk meneruskan hidup yang banyak ujian&dugaan dari-NYA.

adakah aq seorang yang kuat semangat???
adakah aq seorang yang cengeng???

muhasabah diri semula..
ingatlah, ALLAH tidak akan menguji seseorang itu melebihi kemampuannya.. semoga kata2 ini terus memberi kekuatan kepadaku dan bersangka baik terhadap-NYA walau apapun terjadi.. semua yang berlaku ini pasti ada hikmahnya.. semoga diri ini terus kuat dan tabah seperti kisah ini..

Al-kisaAl-Manshur Saifuddin Qalawun. yang sentiasa berprasangka baik kepada Allah. Setiap perkara yang terjadi pada dirinya tidak kiralah orang disekelilingnya mengatakan perkara itu akan menjadi rahmat @ musibah kepadanya tetapi beliau tetap bersangka baik dengan ALLAH dalam segala hal.  “Kami tidak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah." 

wallahu'alam..

Friday 18 March 2011

Mencari yg Maha Satu

Assalamua'laikum sume... ape kabar? shat? harap2 sumenyer sihat2 belaka, insyaAllah. amin... Ermm.. pernah dengar tak lagu ni? Mencari yang Maha Satu nyanyian UNIC. Best lagu ni..


Mutiara=Petunjuk=Hidayah=Milik Allah...mudah-mudahan m'jadi milik kita 1 ari nanti...insyaallah...=) ~kata2 seorang sahabat~


Semoga hidup kita selama di dunia ini dan hidup yang akan ditempuhi di akhirat kelak sentiasa berada dibawah lindungan-NYA.. amin..

Ya Allah, ampunilah dosa2 hambaMU ini ya Rabb..
Diri ini sentiasa memerlukan petunjukMU...  


Jom3... Dengar dan hayati lirik lagu ini..




Mencari Yang Maha Satu

Album : Tika itu
Munsyid : Unic feat Cat Farish
http://liriknasyid.com



Terkapai-kapai diri dihanyut arus waktu
Kegelapan hati yang sering buat ku keliru
Dalam menguji pergolakkan emosi diri
Tak siapa tahu ada yang memerhati


(Mencari yang Maha Satu itu yang ku tuju)


Di dalam menjalani tiap dugaan yang diberi
Membawa pengertian hidup yang abadi
Tanpa perlu menipu diri sendiri
Yang menjadi lumrah duniawi


Seandainya kau yang memberi ruang
Akan ku baikki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk darimu oh Ilahi


(Kau yang Maha Satu)


Diriku kini masih tercari-cari
Jawapan misteri tiap persoalan ini
Ku akui kesalahan dibuat segalanya
Gelap jadinya jiwa seadanya


(rap)
Ku cari terus ke situ
Itulah lampu hidupku
Terangilah gelap hatiku
Ku pohon restu dariMU


Akan ku baikki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk darimu oh Ilahi


(Kau Yang Maha Satu)


Apabila tersilap langkahku
Tiba-tiba berbisik namaMu oh Ilahi
Terdetik di hatiku untuk sujud ke pangkuanMu
Mmeohon ampun dariMu


Dan selanjutnya ku tergoda lagi
Dunia ini yang sesat membunuhkan jiwaku
Kini ku mengakui teguranMu
Yang membuat ku sedar siapa diriku ini


U.N.I.C.C.A.T


(rap)


Tak semua yang sempurna nasihat di jalan yang lurus
Cerita yang dijadikan cerita
Dengan izin Yang Maha Esa yang wujud
Aku cinta dan cita
Segala yang ada bermula dari rasa resah
Aku akui harapan kasih dan hasratku tak setajam itu
Yang tak mampu risau lidah mudah di banjari
Fitnah melilau-lilau
Tuhan lindungilah dia dari kata-kata jahat itu
Doa-doa di pohon sentiasa setiap masa
Ampunilah dosa-dosa semasa daku ke sana
Dewasakanlah pemikiranku yang tak semegah mana
Salah silap ku berkarya tak pernah ku salah guna
Kau Yang Maha Satu (4x)



Saturday 5 March 2011

Diet ke?????

Assalamua’laikum w.b.t.
Boringnya xtahu nak wat pe.. ermm... kongsi tips2 diet pn ok gak kan??? huhu... jangan ikut ni bukan tips untuk diet ek... ni dari doktor yang tak di iktiraf oleh kerajaan.. haha... apa yang terjadi pada diriku??? sekarang ni aq xtahu nape aq rasa malas sangat nak makan. tengok makanan sedap depan mata pun aq jeling sebelah mata je...haha (poyo gler)... rasa2nya kenapa ek agaknya????...
wah!!! nampak cam sedap plak nasi lemak ni.. (tergugat x sape yg tgk gmbr ni?) ;p

entah la... Sebab yang utama sekali mungkin sebab aq tahu dimana kemampuan diriku ini.. yela bila kita dah makan kan perut kita akan kenyang dan itulah masa yang paling malas sekali nak wat keje, study @ sebagainya... aq ni pun xtahu kenape.. ermmm...

bak kata orang2 tua “gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati” agak2 betul ke pepatah ni?? ntah la.... Aku pun tak tahu (fenin lalat) ^_^ huhu...
Kadang2 sampai rasa tak nak makan langsung pun ada.. hihi.. diet ke?? Tet...tet... ramai sahabat yang tanya nape xnak makan , diet ke??? ermm... aq xtahu nak jawab ape.. aq diam je di situ.. pelik tapi benar.... itulah yang terjadi pada diri ini.. bila makan salah, tak makan pun salah.. haha... lepas makan perut wat hal la itu la ini la... ;p  


makanlah ikut kemampuan dan bukannya ikut nafsu.. bila kita layan nafsu, nampak makanan ini sedap itu lazat ia akan mendatangkan kemudharatan kepada kita.. contohnya ia akan berlaku pembaziran, kemudhratan kepada diri sebab terlalu kenyang dan lain2 lagi.. tapi yang selalunya pembaziran itu pasti berlaku.. betul x? 


fikir2kanlah sendiri kamu pasti tahu tentangnya...
kata2 seorang sahabat “Renung jangan sampai termenung”.
sekian...

Wednesday 16 February 2011

Assalamua'laikum..

test3.. 1..2..3..

maaf sangat2, farah sekarang ni agak sibuk sedikit la. Dah lama juga rasanya xupdate blog ni.. Apatah lagi, sekarang ni rasanya macam tak terurus diri ini.. Dengan masallah laptop yang xboleh connect dengan internet, assignment yang banyak, event kelas yang akan berlangsung tak lama lagi dan lain2... Ermmm... xtahu la nak cakap macam mana.. ^_^ Semoga diri ini, keluarga, sahabat2 dan orang2 yang disayangi sentiasa berada dibawah perlindungan-NYA.. YA ALLAH, berilah hamba-Mu ini kekuatan untuk menempuh hari2 mendatang.  Semoga selalu muhasabah diri supaya hari ini lebih baik dari semalam.. amin..

Dengan kesempatan ini farah ingin memohon maaf kepada semua yang pernah mengenali diri ini.. yang terlalu banyak khilaf dan dosa.. Maaf sangat2 untuk lisan yang xterjaga, janji yang terabai, hati yang berperasangka & semua sikap yang menyakitkan hati... tegur2lah diri ini kerana masih banyak yang perlu diperbaiki untuk menjadi hamba-NYA yang lebih baik..

Friday 4 February 2011

Kesembuhan Itu Milik Allah

Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah. Kata-kata yang telah dijadikan perangsang bagi memotivasikan diri sendiri dan insan lain yang sedang sakit dalam menghadapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Begitulah antara ujian kecil berupa penyakit yang dihidapi oleh kebanyakan insan yang telah dipilih oleh Allah sebagai bukti kasih sayang-Nya, kafarah dosa dari-Nya, dan peningkatan darjat hambaNya.

Sesungguhnya penyakit yang diturunkan oleh Allah ini banyak menguji ketahanan fizikal dan mental, kerana tempoh  tersebut merupakan titik tolak ke arah kesedaran bahawa kematian akan mengejar kita bila-bila masa sama ada bersedia atau tidak.

"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." \[al-Nisaa' 4:78]

Mengingati saat menziarahi jenazah suami kepada seorang sahabat yang meninggal dunia secara tiba-tiba tahun lepas telah banyak mengubah paradigma tentang kematian itu sendiri. Sama ada kita bersedia atau tidak, bertaubat atau belum bertaubat, ajal itu pasti akan datang, cuma waktu dan ketikanya sahaja tidak diketahui. Cuma persoalannya, adakah kita telah bersedia dengan bekalan-bekalan yang disediakan? Adakah cukup bekalan yang disediakan? Bagaimanakah keadaan kita semasa dalam alam kubur? Bernasib baik atau sebaliknya?

Hal ini sedikit sebanyak telah menghantui diri sendiri sehingga telah mewujudkan suatu ketakutan yang luar biasa dalam diri. Hal ini ditambah pula dengan penyakit yang dialami yang masih tidak sembuh-sembuh, telah meningkatkan lagi tahap ketakutan dan pada masa yang sama telah mewujudkan satu situasi yang tegang dalam emosi, fikiran serta memberi tekanan kepada diri sendiri.

Namun begitu, ketahanan mental dan fizikal berteraskan ayat-ayat Allah telah berjaya mengatasi masalah tekanan tersebut sehingga dapat kembali mewujudkan satu senario yang aman dan tenang hingga kembali semula kepada keadaan asal. Mengingati mati dapat melembutkan hati, tetapi apabila mengingati kematian itu secara negatif, hal ini akan dapat memberikan kesan negatif kepada diri sendiri.

Apabila kita bergantung sepenuhnya kepada Allah, menyerahkan segala-segalanya kepada Dia, berdoa bersungguh-sungguhnya kepada-Nya, Sesungguhnya Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, akan mengabulkan dan memperkenankan doa kita. Berusaha, berdoa,berserah, bertawakal itulah tanda pergantungan seorang hamba kepada Tuhannya.

"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." \[Al-Baqarah, 2:153]

Segala masalah penyakit, rujuklah kepada Allah. Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan juga tidak berlaku dengan izin Allah. Kita perlu berikhtiar, berusaha dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah tangguhkan tetapi semuanya perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas.

Kuasa penyembuhan semuanya dari Allah. Kita sebagai hamba-Nya perlu redha dengan apa yang ditetapkan kerana setiap apa yang diturunkan kepada kita adalah ujian, sama ada kita dapat redha menerima atau tidak, semuanya untuk meningkatkan darjat kita di samping membersihkan dosa-dosa yang dilakukan.

Tidakkah semua ini adalah rezeki dari Allah, dimana Dia sering memberi perhatian kepada kita, tidakkah ini akan membuatkan kita sentiasa ingat pada-Nya? Anggaplah suatu penyakit itu sesuatu yang positif kerana jika kita redha dengan suatu ujian, Allah akan melipat gandakan pahala kita.Semoga anda semua cepat sembuh begitu juga diriku ini.

Adalah diharapkan artikel ini dapat membawa manfaat kepada semua dan marilah kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Kelalaian dan kelekaan terhadap duniawi pasti mewujudkan satu jurang yang besar dalam diri kita sendiri dengan Allah.Semoga artikel ini akan menjadi saksi bagi diriku di akhirat kelak sebagai salah satu medium untuk berdakwah kepada pembaca semua.

Redhalah dengan ujian yang kecil ini kerana ujian itu adalah hadiah dan cinta dari Allah. Bersabarlah dengan penyakit yang menimpa ini dan yakin akan sembuh kerana sesungguhnya kesembuhan itu milik-Nya, tiada apa yang kita cari melainkan dalam kembara hidup ini selain memburu cinta dan rindu-Nya.

Ungkapan syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana penyakit yang ditimpakan kepada diriku tidaklah sehebat penyakit kritikal yang dihidapi oleh insan lain, walaupun kecil, penyakit ini tetap memberi kesan yang kuat terhadap sistem ketahanan fizikal disamping memberi tekanan yang hebat terhadap mentalku. Aku bersyukur aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udaranya yang segar ini. Berusaha, berdoa dan bertawakal itulah kekuatan sebenarnya dalam penyembuhan penyakit ini. Yakin dan positiflah dengan ujian penyakit yang diturunkan kepada kita.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." \[Al-Ankabut, 29:2-3]

Akhir kata, jadikan ayat-ayat Allah sebagai peransang dalam meningkatkan motivasi dalaman kita dalam membentuk keperibadian soleh dan solehah.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." \[Al-Imran, 3:139]

Sesungguhnya Dialah yang mencipta perasaan cinta dan rindu itu. Semoga Dia yang sangat kita cintai dan kita rindui akan tetap terpahat kukuh dalam jiwa dan sanubari kita. Wallahua'lam.

- http://iluvislam.com
Artikel iluvislam.com