Thursday 24 August 2017

The 4aith - Dengarilah (lirik)

Penyanyi : The 4aith
Lirik : Ustaz Adnin

Aku pernah
Dengar cerita
Tentang dunia
Akhir zaman ini
Betapa situasi kita diuji

Oh, teman…
Manusia terus buntu
Kebenaran tak bersatu
Dan agama
Direndahi dan dihina
Hina…

Kita terus bergaduh
Sesama sendiri
Musuh bersatu
Terus menghancuri
Hingga kita terus hanyut
Dengan dosa tanpa resah!
Keliru hak batil!
Dan arah tuju!

Oh! Ku,
Kadangku bertanya pada diriku
Sumbangan apa yang ku mampu laku?
Cara apa lagi yang terbaik teman?

Oh yeah,
Ya, mungkin kau rasa ini semua normal
Kau mungkin rasa takkan dipersoal
Lalu kau diam terus berpeluk tubuh…

(*chorus)
Dengarilah…
Perjuangan dakwah ini bukan mudah
Namun bukan alasan berpaling tadah
Walaupun kau ditentang kau terus tabah!

Dengarilah…
Jangan terpesona dengan putus asa
Dan terpengaruh fatamorgana dosa
Segeralah kau pinta pada Yang Esa!

Oh, tidakkah kau
Berduka melihat ummah ini?
Terus dipijak dan dihentak
Terpedaya dengan musuh!

Zina riba judi arak
Rasuah berleluasa
Dosa kecil dosa besar
Bagi mereka sama sahaja!

(Rap)
Oh, jiwa kau mula kelam bila
Hati turut hitam bila
Sanubari suram bila
Dan iman terbungkam bila

Kau sanggup bermaksiat
dengan tenang berjam-jam
Namun ibadah kau tak mampu
untuk berjam-jam!

Kau buka aurat tak rasa bersalah
bahkan bangga,
Buka buka buka tuk
mengejar pujian dan nama
Yang menutup aurat
pula selfie sini sana
Dan ada tak jaga
pandangan mata!

Tenanglah tenanglah
Ku bukan menghukum
Ku hanya menegur
Untuk kau dan aku

Ku bukan sempurna
Ku hanya mengajak
Dengan harapan
Kau aku kan ke syurga
(Ulang 2x)

Dengarilah wahai teman…
Hayati dan fahamilah…

Tenanglah tenanglah
Ku bukan menghukum
Ku hanya menegur
Untuk kau dan aku

Dosa kecil dosa besar…
Wahai teman sampai bila?

Dengarilah…


Monday 14 August 2017

Hamba-MU

Lagu yang memberikan semangat kepada diri ini..
Kita manusia selalu goyah dalam mengharungi liku2 kehidupan, ujian, dugaan Illahi,
Semoga kita diberi keteguhan hati & sentiasa dipandu Nur Illahi..
Kalau boleh hari2 nak dengar.. Best sangat! Jom dengar & hayati.. 






OWh ho.. 


Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

C/O  

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah 

Owh ho owh ho
Hambamu Allah.....

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui 

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah


(**lama sangat dah duduk dalam draft blog ni..baru nak post hihi )