Saturday, 5 March 2011

Diet ke?????

Assalamua’laikum w.b.t.
Boringnya xtahu nak wat pe.. ermm... kongsi tips2 diet pn ok gak kan??? huhu... jangan ikut ni bukan tips untuk diet ek... ni dari doktor yang tak di iktiraf oleh kerajaan.. haha... apa yang terjadi pada diriku??? sekarang ni aq xtahu nape aq rasa malas sangat nak makan. tengok makanan sedap depan mata pun aq jeling sebelah mata je...haha (poyo gler)... rasa2nya kenapa ek agaknya????...
wah!!! nampak cam sedap plak nasi lemak ni.. (tergugat x sape yg tgk gmbr ni?) ;p

entah la... Sebab yang utama sekali mungkin sebab aq tahu dimana kemampuan diriku ini.. yela bila kita dah makan kan perut kita akan kenyang dan itulah masa yang paling malas sekali nak wat keje, study @ sebagainya... aq ni pun xtahu kenape.. ermmm...

bak kata orang2 tua “gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati” agak2 betul ke pepatah ni?? ntah la.... Aku pun tak tahu (fenin lalat) ^_^ huhu...
Kadang2 sampai rasa tak nak makan langsung pun ada.. hihi.. diet ke?? Tet...tet... ramai sahabat yang tanya nape xnak makan , diet ke??? ermm... aq xtahu nak jawab ape.. aq diam je di situ.. pelik tapi benar.... itulah yang terjadi pada diri ini.. bila makan salah, tak makan pun salah.. haha... lepas makan perut wat hal la itu la ini la... ;p  


makanlah ikut kemampuan dan bukannya ikut nafsu.. bila kita layan nafsu, nampak makanan ini sedap itu lazat ia akan mendatangkan kemudharatan kepada kita.. contohnya ia akan berlaku pembaziran, kemudhratan kepada diri sebab terlalu kenyang dan lain2 lagi.. tapi yang selalunya pembaziran itu pasti berlaku.. betul x? 


fikir2kanlah sendiri kamu pasti tahu tentangnya...
kata2 seorang sahabat “Renung jangan sampai termenung”.
sekian...

Wednesday, 16 February 2011

Assalamua'laikum..

test3.. 1..2..3..

maaf sangat2, farah sekarang ni agak sibuk sedikit la. Dah lama juga rasanya xupdate blog ni.. Apatah lagi, sekarang ni rasanya macam tak terurus diri ini.. Dengan masallah laptop yang xboleh connect dengan internet, assignment yang banyak, event kelas yang akan berlangsung tak lama lagi dan lain2... Ermmm... xtahu la nak cakap macam mana.. ^_^ Semoga diri ini, keluarga, sahabat2 dan orang2 yang disayangi sentiasa berada dibawah perlindungan-NYA.. YA ALLAH, berilah hamba-Mu ini kekuatan untuk menempuh hari2 mendatang.  Semoga selalu muhasabah diri supaya hari ini lebih baik dari semalam.. amin..

Dengan kesempatan ini farah ingin memohon maaf kepada semua yang pernah mengenali diri ini.. yang terlalu banyak khilaf dan dosa.. Maaf sangat2 untuk lisan yang xterjaga, janji yang terabai, hati yang berperasangka & semua sikap yang menyakitkan hati... tegur2lah diri ini kerana masih banyak yang perlu diperbaiki untuk menjadi hamba-NYA yang lebih baik..

Friday, 4 February 2011

Kesembuhan Itu Milik Allah

Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah. Kata-kata yang telah dijadikan perangsang bagi memotivasikan diri sendiri dan insan lain yang sedang sakit dalam menghadapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Begitulah antara ujian kecil berupa penyakit yang dihidapi oleh kebanyakan insan yang telah dipilih oleh Allah sebagai bukti kasih sayang-Nya, kafarah dosa dari-Nya, dan peningkatan darjat hambaNya.

Sesungguhnya penyakit yang diturunkan oleh Allah ini banyak menguji ketahanan fizikal dan mental, kerana tempoh  tersebut merupakan titik tolak ke arah kesedaran bahawa kematian akan mengejar kita bila-bila masa sama ada bersedia atau tidak.

"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." \[al-Nisaa' 4:78]

Mengingati saat menziarahi jenazah suami kepada seorang sahabat yang meninggal dunia secara tiba-tiba tahun lepas telah banyak mengubah paradigma tentang kematian itu sendiri. Sama ada kita bersedia atau tidak, bertaubat atau belum bertaubat, ajal itu pasti akan datang, cuma waktu dan ketikanya sahaja tidak diketahui. Cuma persoalannya, adakah kita telah bersedia dengan bekalan-bekalan yang disediakan? Adakah cukup bekalan yang disediakan? Bagaimanakah keadaan kita semasa dalam alam kubur? Bernasib baik atau sebaliknya?

Hal ini sedikit sebanyak telah menghantui diri sendiri sehingga telah mewujudkan suatu ketakutan yang luar biasa dalam diri. Hal ini ditambah pula dengan penyakit yang dialami yang masih tidak sembuh-sembuh, telah meningkatkan lagi tahap ketakutan dan pada masa yang sama telah mewujudkan satu situasi yang tegang dalam emosi, fikiran serta memberi tekanan kepada diri sendiri.

Namun begitu, ketahanan mental dan fizikal berteraskan ayat-ayat Allah telah berjaya mengatasi masalah tekanan tersebut sehingga dapat kembali mewujudkan satu senario yang aman dan tenang hingga kembali semula kepada keadaan asal. Mengingati mati dapat melembutkan hati, tetapi apabila mengingati kematian itu secara negatif, hal ini akan dapat memberikan kesan negatif kepada diri sendiri.

Apabila kita bergantung sepenuhnya kepada Allah, menyerahkan segala-segalanya kepada Dia, berdoa bersungguh-sungguhnya kepada-Nya, Sesungguhnya Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, akan mengabulkan dan memperkenankan doa kita. Berusaha, berdoa,berserah, bertawakal itulah tanda pergantungan seorang hamba kepada Tuhannya.

"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." \[Al-Baqarah, 2:153]

Segala masalah penyakit, rujuklah kepada Allah. Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan juga tidak berlaku dengan izin Allah. Kita perlu berikhtiar, berusaha dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah tangguhkan tetapi semuanya perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas.

Kuasa penyembuhan semuanya dari Allah. Kita sebagai hamba-Nya perlu redha dengan apa yang ditetapkan kerana setiap apa yang diturunkan kepada kita adalah ujian, sama ada kita dapat redha menerima atau tidak, semuanya untuk meningkatkan darjat kita di samping membersihkan dosa-dosa yang dilakukan.

Tidakkah semua ini adalah rezeki dari Allah, dimana Dia sering memberi perhatian kepada kita, tidakkah ini akan membuatkan kita sentiasa ingat pada-Nya? Anggaplah suatu penyakit itu sesuatu yang positif kerana jika kita redha dengan suatu ujian, Allah akan melipat gandakan pahala kita.Semoga anda semua cepat sembuh begitu juga diriku ini.

Adalah diharapkan artikel ini dapat membawa manfaat kepada semua dan marilah kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Kelalaian dan kelekaan terhadap duniawi pasti mewujudkan satu jurang yang besar dalam diri kita sendiri dengan Allah.Semoga artikel ini akan menjadi saksi bagi diriku di akhirat kelak sebagai salah satu medium untuk berdakwah kepada pembaca semua.

Redhalah dengan ujian yang kecil ini kerana ujian itu adalah hadiah dan cinta dari Allah. Bersabarlah dengan penyakit yang menimpa ini dan yakin akan sembuh kerana sesungguhnya kesembuhan itu milik-Nya, tiada apa yang kita cari melainkan dalam kembara hidup ini selain memburu cinta dan rindu-Nya.

Ungkapan syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana penyakit yang ditimpakan kepada diriku tidaklah sehebat penyakit kritikal yang dihidapi oleh insan lain, walaupun kecil, penyakit ini tetap memberi kesan yang kuat terhadap sistem ketahanan fizikal disamping memberi tekanan yang hebat terhadap mentalku. Aku bersyukur aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udaranya yang segar ini. Berusaha, berdoa dan bertawakal itulah kekuatan sebenarnya dalam penyembuhan penyakit ini. Yakin dan positiflah dengan ujian penyakit yang diturunkan kepada kita.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." \[Al-Ankabut, 29:2-3]

Akhir kata, jadikan ayat-ayat Allah sebagai peransang dalam meningkatkan motivasi dalaman kita dalam membentuk keperibadian soleh dan solehah.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." \[Al-Imran, 3:139]

Sesungguhnya Dialah yang mencipta perasaan cinta dan rindu itu. Semoga Dia yang sangat kita cintai dan kita rindui akan tetap terpahat kukuh dalam jiwa dan sanubari kita. Wallahua'lam.

- http://iluvislam.com
Artikel iluvislam.com

Monday, 20 December 2010

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. 

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah. 


Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah
Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan
"lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah
"pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "
sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "
Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan
gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah
kalung "kesucian".

#
Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

*petikan dari e-mel yg dikirimkan oleh seorg sahabat



sumber: www.iluvislam.com


Saturday, 30 October 2010

PeNtiNgNya MuHaSaBaH DiRi

Ingatan ini untuk diri sendiri juga dan yang lain-lain!!!

 Kehidupan harian umat Islam tidak boleh lari daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Ketelanjuran dan kecelaruan dalam hidup umat Islam ini boleh dibaiki dengan membanyakkan memohon ampun kepada Alah. Dalam kehidupan yang sentiasa bergaul dengan orang lain dalam masyarakat yang serba majmuk dan kompleks ini tentulah tidak boleh lari daripada melakukan pekerti yang tidak disenangi. Oleh itu perlulah sentiasa menghisab diri setiap hari sebelum tidur. Tanyalah diri apakah yang telah dilakukan sepanjang hari. Kebaikan atau keburukankah yang telah dilakukan.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: :
"Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung di akhirat"

Perkara-perkara yang perlu dihitung pada setiap malam sebelum tidur ialah seperti:

Apakah keburukan yang paling besar yang telah dilakukan sepanjang siang tadi
     a.Berapa orang anak yatim dan fakir miskin yang telah diberi makan sepanjang hari 
     b.Adakah telah menziarah sahabat dan keluarga yang sakit   
   c.Berapa banyak derma telah dihulurkan sepanjang hari  
    d.Telah sempurnakah solat lima wakt   
   e.Ibu bapa telah diziarahi atau telah dilupakan  
    f.Apakah keluarga sendiri telah diberi nasihat   
   g.Adakah kemaafan telah diminta kepada anak isteri
      h.Adakah kemaafan telah diberi kepada semua muslimin dan muslimat   
   i.Sudahkah bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukan sepanjang hari     
 j.Siapakah sahabat handai yang telah diaibkan pada siang tadi    
  k.Adakah diri merasakan lebih hebat dari orang lain pada hari itu

Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Jika kamu mahu menyebut keaiban orang lain maka ingatkanlah lebih dahulu keaiban dirimu sendiri"

PERSAUDARAAN MEMBINA KEKUATAN UMMAH

Semua umat Islam itu bersaudara. Persaudaraan itu satu nikmat yang diberi oleh Allah untuk menguji kekuatan dan kelemahan umat Islam.

Firman Allah yang bermaksud:
"Dan berpeganglah kamu semua dengan tali Allah , yakni agama Islam dan janganlah kamu bercerai-berai. Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu dahulu, yakni di masa jahiliyah ketika kamu bermusuh-musuh maka Allah menjinakkan di antara hati kamu lalu jadilah kamu kerana nikmah Allah itu orang-orang yang bersaudara"

Justeru itu tidaklah munasabah umat Islam yang berada dalam satu qariah yang subur dan jinak ini membenci satu sama lain, lantaran berlainan kehendak dan fahaman. Persaudaraan itu satu limpah kurnia Allah yang tidak tertanding nilainya. Jadi sama-samalah umat Islam itu memupuk persaudaraan sesama Islam . Firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 63 yang bermaksud: "Dialah yang mempersatukan hari orang-orang yang beriman walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang ada di bumi nesacaya kamu tidak akan dapat mempesatukan hati mereka akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.
Sesungguhnya Dia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." Oleh itu persaudaraan dalam Islam adalah berteraskan kepada: dibina atas asas yang ikhlas kepada Allah

     a.dibina berasaskan kepada iman dan taqwa    
  b.berlandaskan syariat Islam   
   c.dilaksanakan berlandaskan nasihat 
     d.bersendikan masa senang dan masa susah  
    e.bersalam semasa beertemu dan berpisah   
   f.kewujudan kemesraan, kasih sayang dan saling bantu membantu   
   g.tunjukkan sikap gembira, manis muka dan berhati mulia
      h.merendahkan diri dan tidak berlagak sombong     
 i.memenuhi janji apabila berjanji 
     j.menutup keaiban saudaranya     
k.menjaga kehormatan saudaranya    
  l.jangan hasad dengki dan bermusuhan.

BUDI PEKERTI ORANG YANG MULIA

Munusia hidup untuk berbakti kepada Allah dan RasulNya. Manusia juga perlu berbakti kepada sesama insan yang hidup di muka bumi ini. Manusia juga boleh berbakti kepada haiwan dan makhluk yang ghaib seperti malaikat dan jin. Hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Baihaqi bermaksud, "Aku Rasulullah diutus untuk menyempurnakan budi pekerti yang luhur." Rasulullah tidak pernah mengherdik atau membentak, tidak pernah memarahi wahabat-sahabat yang tersilap mengerjakan sesuatu melainkan menasihati dengan cara yang sebaik mungkin. Ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud yang bermaksud, "Sesungguhnya seseorang mu`min dengan kebaikan budi pekerti akan mencapai tingkat mendapatkan pahala orang berpuasa lagi ahli ibadah (khusus solat pada waktu malam hari)." Oleh itu didiklah anak supaya mempunyai Budi pekerti yang mulia, bersopan santun , menghormati orang tua dan gurunya, suntiasa ingat diri dan tidak sombong apabila telah mencapai kejayaan yang diberi oleh Allah.

ADAB KESOPANAN

Dalam kehidupan manusia tidak boleh lari daripada mengamalkan kesopanan dan kekasaran dalam pergaulan sehariannya. Islam menunjukkan jalan yang betul bagaimana kesopanan dalam hidup ini mengambil peranan. "Sesungguhnya diantara kewajiban orang tua terhadap anaknya adalah memberi pelajaran seperti mengajar menulis, memberi nama yang baik dan menikahkan di kala anak sudah cukup umur dewasa atau baligh" Riwayat Bukhari.

Thursday, 14 October 2010

Biography-Maher Zain...

Maher Zain (born 1982) is a Swedish singer and music producer of Lebanese origin. His first album 'Thank You Allah' of 13 tracks and two bonus songs was released on 1 November 2009. His music videos on Youtube has collectively gained more than 4 million of views.

Biography

Early life

Maher Zain was born on 1981 in Lebanon. His family moved to Sweden when Maher was only eight, where he continued his schooling. Maher got his first keyboard when he was only ten. He later entered university and got a Bachelors degree in Aeronautical Engineering.  During his teenage years, he like to spend late nights at school with his friends where they would sing, rap, compose and experiment with music in every way.

Career

After being involved for a while in the music scene as a music producer, Maher was introduced to RedOne, a music producer in the music scene in Sweden. Maher started working with RedOne and later moved to New York. In January 2009, Maher Zain began work on an album and signed with Awakening Records. Maher’s first musical inspiration came from his father, who was a singer himself, performing locally in the Mediterranean city of Tripoli, Lebanon.
Maher has been on the bill of a free concert in Bahrain, and also at the Spring concert in the American University in Cairo, Egypt

Awards

Best Religious Song for 2009 from Nujoom FM (Egypt’s biggest music radion station) for ‘Ya Nabi Salam Alayka'

Thank You Allah (2009–now)

Thank You Allah was released on 1 November 2009.

Track listing

No.TitleLength
1."Always Be There"  4:38
2."Ya Nabi Salam Alayka"  4:59
3."Insha Allah"  4:31
4."Palestine Will Be Free"  4:55
5."Thank You Allah"  5:31
6."Allahi Allah Kiya Karo (feat. Irfan Makki)"  5:14
7."The Chosen One"  3:54
8."Baraka Allahu Lakuma"  4:30
9."For the Rest of My Life"  3:54
10."Hold My Hand"  4:06
11."Awaken"  3:43
12."Subhana Allah (feat. Mesut Kurtis)"  4:55
13."Open Your Eyes"  4:26
14."Ya Nabi (Arabic Version – Bonus Track)"  4:59
15."Thank You Allah (Acoustic Version – Bonus Track)"  5:28

One of his songs that I love to hear is:


Ukhwah??

1) Definition of Ukhwah

-In your opinion, what is ukhwah?

2) Importance of ukhwah


  • Why is ukhwah extremely important in Rasulullah's (s.a.w.) community? Why is ukhwah a big deal in Islam?
  • How did the Muslims emerged victorious in the Battle of Badr despite having a contigent of only 300 fighting against 1000?
  • How is the Malay peribahasa : "Bersatu teguh, bercerai roboh" (United we stand, divided we fall) related to ukhwah?
  • eg: Soccer is a game of 11 people. Can we win with only 1 player?

3) Surah As-Saff, 4th Verse:

Lo! Allah loveth them who battle for His cause in ranks, as if they were a solid structure.
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

4) How to establish and strengthen ukhwah

a) Within Family

Common challenges faced:

  • no time to spend with family
  • lack of sense of belonging in the family due to problems such as family breakdown which tends to lead to a larger social problem
It's natural for humans to want to lead a happier life

Opportunities in which you can strengthen family ties:
  • Weddings
  • Death of a family member
  • Kenduri
b) Within the Community
  • Get to know your neighbours
  • Be involved with the community
  • Be aware of the people around you
  • Relations with non-Muslims

c) Within Friends
  • When you meet them, the most basic recommended thing to do: give Salam and shake hands
  • As a Muslim, you can help other Muslims gain entry into Heaven
  • Provide food, help each other out
  • Solat in Jemaah
5) Taking other people's feelings into consideration

Story quoted: The slander against 'Aisyah r.a.

The infamous story of the slander of 'Aisyah ra after the expedition against Bani Mustaliq where she went to answer the call of nature while the army momentarily halted. Her return to rejoin the army procession was delayed because she misplaced her necklace.

Upon her return, the army had already left, leaving her alone in the middle of the barren desert. Thankfully, a companion fron the Muhajirins stumbled upon her and brought her along on his camel. However, the hypocrites began to create slander which caused much hurt for Rasulullah saw and 'Aisyah ra. 'Aisyah protested her innocence and eventually fell ill. She went back to her father, Abu Bakr ra, while Rasulullah saw waited for divine revelation which came to acquit 'Aisyah from the malicious slander.
[ Summarized from Raheeq al-Makhtoum ]

The above narration illustrates the seriousness of slander and how much it affected Rasulullah saw and 'Aisyah ra.


Has it ever crossed your mind:
 
- One of the ways to maintain the ukhwah is to be aware of the way we speak. You have to know how to take other people's feelings into consideration before speaking.