Ingatan ini untuk diri sendiri juga dan yang lain-lain!!!
Kehidupan harian umat Islam tidak boleh lari daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Ketelanjuran dan kecelaruan dalam hidup umat Islam ini boleh dibaiki dengan membanyakkan memohon ampun kepada Alah. Dalam kehidupan yang sentiasa bergaul dengan orang lain dalam masyarakat yang serba majmuk dan kompleks ini tentulah tidak boleh lari daripada melakukan pekerti yang tidak disenangi. Oleh itu perlulah sentiasa menghisab diri setiap hari sebelum tidur. Tanyalah diri apakah yang telah dilakukan sepanjang hari. Kebaikan atau keburukankah yang telah dilakukan.
Kehidupan harian umat Islam tidak boleh lari daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Ketelanjuran dan kecelaruan dalam hidup umat Islam ini boleh dibaiki dengan membanyakkan memohon ampun kepada Alah. Dalam kehidupan yang sentiasa bergaul dengan orang lain dalam masyarakat yang serba majmuk dan kompleks ini tentulah tidak boleh lari daripada melakukan pekerti yang tidak disenangi. Oleh itu perlulah sentiasa menghisab diri setiap hari sebelum tidur. Tanyalah diri apakah yang telah dilakukan sepanjang hari. Kebaikan atau keburukankah yang telah dilakukan.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: :
"Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung di akhirat"
Perkara-perkara yang perlu dihitung pada setiap malam sebelum tidur ialah seperti:
Apakah keburukan yang paling besar yang telah dilakukan sepanjang siang tadi
a.Berapa orang anak yatim dan fakir miskin yang telah diberi makan sepanjang hari
b.Adakah telah menziarah sahabat dan keluarga yang sakit
c.Berapa banyak derma telah dihulurkan sepanjang hari
d.Telah sempurnakah solat lima wakt
e.Ibu bapa telah diziarahi atau telah dilupakan
f.Apakah keluarga sendiri telah diberi nasihat
g.Adakah kemaafan telah diminta kepada anak isteri
h.Adakah kemaafan telah diberi kepada semua muslimin dan muslimat
i.Sudahkah bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukan sepanjang hari
j.Siapakah sahabat handai yang telah diaibkan pada siang tadi
k.Adakah diri merasakan lebih hebat dari orang lain pada hari itu
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Jika kamu mahu menyebut keaiban orang lain maka ingatkanlah lebih dahulu keaiban dirimu sendiri"
PERSAUDARAAN MEMBINA KEKUATAN UMMAH
Semua umat Islam itu bersaudara. Persaudaraan itu satu nikmat yang diberi oleh Allah untuk menguji kekuatan dan kelemahan umat Islam.
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan berpeganglah kamu semua dengan tali Allah , yakni agama Islam dan janganlah kamu bercerai-berai. Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu dahulu, yakni di masa jahiliyah ketika kamu bermusuh-musuh maka Allah menjinakkan di antara hati kamu lalu jadilah kamu kerana nikmah Allah itu orang-orang yang bersaudara"
Justeru itu tidaklah munasabah umat Islam yang berada dalam satu qariah yang subur dan jinak ini membenci satu sama lain, lantaran berlainan kehendak dan fahaman. Persaudaraan itu satu limpah kurnia Allah yang tidak tertanding nilainya. Jadi sama-samalah umat Islam itu memupuk persaudaraan sesama Islam . Firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 63 yang bermaksud: "Dialah yang mempersatukan hari orang-orang yang beriman walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang ada di bumi nesacaya kamu tidak akan dapat mempesatukan hati mereka akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.
Sesungguhnya Dia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." Oleh itu persaudaraan dalam Islam adalah berteraskan kepada: dibina atas asas yang ikhlas kepada Allah
a.dibina berasaskan kepada iman dan taqwa
b.berlandaskan syariat Islam
c.dilaksanakan berlandaskan nasihat
d.bersendikan masa senang dan masa susah
e.bersalam semasa beertemu dan berpisah
f.kewujudan kemesraan, kasih sayang dan saling bantu membantu
g.tunjukkan sikap gembira, manis muka dan berhati mulia
h.merendahkan diri dan tidak berlagak sombong
i.memenuhi janji apabila berjanji
j.menutup keaiban saudaranya
k.menjaga kehormatan saudaranya
l.jangan hasad dengki dan bermusuhan.
BUDI PEKERTI ORANG YANG MULIA
Munusia hidup untuk berbakti kepada Allah dan RasulNya. Manusia juga perlu berbakti kepada sesama insan yang hidup di muka bumi ini. Manusia juga boleh berbakti kepada haiwan dan makhluk yang ghaib seperti malaikat dan jin. Hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Baihaqi bermaksud, "Aku Rasulullah diutus untuk menyempurnakan budi pekerti yang luhur." Rasulullah tidak pernah mengherdik atau membentak, tidak pernah memarahi wahabat-sahabat yang tersilap mengerjakan sesuatu melainkan menasihati dengan cara yang sebaik mungkin. Ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud yang bermaksud, "Sesungguhnya seseorang mu`min dengan kebaikan budi pekerti akan mencapai tingkat mendapatkan pahala orang berpuasa lagi ahli ibadah (khusus solat pada waktu malam hari)." Oleh itu didiklah anak supaya mempunyai Budi pekerti yang mulia, bersopan santun , menghormati orang tua dan gurunya, suntiasa ingat diri dan tidak sombong apabila telah mencapai kejayaan yang diberi oleh Allah.
ADAB KESOPANAN
Dalam kehidupan manusia tidak boleh lari daripada mengamalkan kesopanan dan kekasaran dalam pergaulan sehariannya. Islam menunjukkan jalan yang betul bagaimana kesopanan dalam hidup ini mengambil peranan. "Sesungguhnya diantara kewajiban orang tua terhadap anaknya adalah memberi pelajaran seperti mengajar menulis, memberi nama yang baik dan menikahkan di kala anak sudah cukup umur dewasa atau baligh" Riwayat Bukhari.
No comments:
Post a Comment